Minggu ni minggu terakhir kuliah kami bagi subjek CD-ROM ni..
Pada minggu ni kitorang diberi tugasan untuk membuat persembahan sepenuhnya ke atas perisian yang telah dibangunkan oleh setiap kumpulan..
wow hebat-hebat hasil kreativiti dan inovasi setiap kumpulan sehingga saya dan rakan-rakan yang begitu teruja melihat persembahan perisian setai kumpulan.. harap-harap Prof.Dr.J pun teruja juga untuk memberikan markah yang terbaik... hehe
komen-komen yang membina daripada Prof.Dr.J dan rakan-rakan amat bermakna bagi semua.
semoga segala ilmu yang telah dicurahkan oleh pensyarah kami akan dimanfaatkan sepanjang zaman...
Saya dan rakan-rakan sekumulan amat berterima kasih kepada Prof.Dr.J dan rakan-rakan yang telah sudi membantu kami semua sepanjang proses penghasilan perisian tersebut.
Selamat Berjuang hingga ke titisan dakwat terakhir untuk Final Exam pada 20 Jun 2012 ni ye wahai rakan-rakan..
Semoga berjaya....
Jumpa Lagi...
Titisan Tinta Pelajar Master
Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok...
Khamis, 7 Jun 2012
Minggu Ke-13
Final Compilation
Walaupun minggu ni kitorang x perlu menghadirkan diri ke kuliah rasmi atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan oleh pensyarah kami tapi... tugasan berat kami masih belum berakhir...
minggu ni merupakan minggu terakhir kumpulan kami terpaksa menyiapkan projek perisian untuk dipersembahkan kepada rakan-rakan dan juga pensayarh kami bagi tujuan penilaian...

Minggu Ke-12
Testing & Evaluation (Pengujian & Penilaian)
Pada Minggu ni kami mempelajari proses pengujian & penilaian dalam pembangunan perisian multimedia. Terdapat perbezaan antara pengujian & penilaian yang difahami oleh saya selepas diberi penerangan oleh Prof. Dr.J...
Pengujian Vs Penilaian
Pengujian melibatkan penyesuaian satu set kriteria yang telah ditetapkan terhadap sesuatu persembahan bagi mengenalpasti sesuatu masalah.
manakala proses penilaian pula melibatkan aspek yang lebih luas dimana ia bukan hanya melihat kepada masalah tertentu tapi.... peningkatan kepada aspek reka bentuk semasa projek pembangunan aplikasi berakhir...
Proses Pengujian
ermmm... proses pengujian ini penting untuk:
1) mengelakkan kegagalan aplikasi semasa digunakan oleh pengguna.
2) mengelakkan kerugian dari segi kos dan masa pembangunan.
3) membolehkan kualiti sesebuah aplikasi dipertingkatkan lagi.
Terdapat 2 fasa pengujian utama:
1) Pengujian Pembangunan
2) Pengujian Penerimaan
Jenis-jenis Pengujian:
1) Ulasan Rakan
2) Pengujian Kumpulan Sasaran
3) Penghasilan Prototaip
4) Ujian Kepenggunaan
5) Pengujian Alfa
6) Pengujian Beta
Proses Penilaian
Jenis-jenis penilaian dalam pembangunan perisian Multimedia:
1) Penilaian Formatif
2) Penilaian Sumatif
3) Penilaian Iluminatif
4) Penilaian Integratif

Lazimnya penilaian formatif dan penilaian sumatif ialah dua bentuk penilaian yang utama dan sering dilaksanakan berbanding dengan bentuk penilaian yang lain (Jamaluddin et al., 2001)
Menurut Baharuddin et al., (2002), perisian multimedia interaktif yang melalui penilaian formatif dan sumatif untuk menentukan samada ia memenuhi kehendak pengguna dan mencapai objektif penghasilannya.
Penilaian Formatif
Menurut Tessmer (1993), terdapat empat peringkat penilaian formatif iaitu penilaian pakar, penilaian satu dengan satu, penilaian kumpulan kecil, dan penilaian lapangan.
Semasa pembangunan perisian, penilaian formatif adalah amat dititikberatkan bagi
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan bahan semasa ia sedang dibangunkan, dan seterusnya
menyarankan penambahbaikan yang bersesuaian. Setiap peringkat dalam penilaian formatif
mempunyai peranan tersendiri bagi memastikan perisian yang dibangunkan dapat dibaiki
mutunya sebelum digunakan oleh pengguna.
Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif merujuk kepada proses penilaian yang sering dilaksanakan diakhir
proses pembangunan sesebuah perisian. Penilaian sumatif melibatkan kajian sebenar keatas
penggunaan perisian secara efektif. Menurut Rozinah (2000), penilaian sumatif memerlukan cara
yang lebih formal dan pengumpulan data biasanya menggunakan kajian komparatif dalam reka
bentuk kuasi. Penilaian ini seringkali dilaksanakan oleh pihak penilai luar projek dan bukannya
orang yang terlibat dalam proses pembangunan.
Kaedah Melaksanakan Proses penilaian
1) Temubual
2) Pemerhatian
3) Soal Selidik
MINGGU KE-11
Minggu ni saya dan kawan-kawan yang lain mendapat pengetahuan mengenai 'Visual Design' (Rekabentuk Visual).
Rekabentuk visual ni termasuklah grafik, imej, teks, animasi, audio, video, 'navigation button', dan ilustrasi.
Dalam penghasilan perisian multimedia, elemen-elemen visual ini perlu diberi perhatian keseluruhannya meliputi aspek reka bentuk skrin dan penggunaan warna yang sesuai supaya segala maklumat dan informasi yang ingin disampaikan kepada pengguna tercapai.

ni contoh Rekabentuk Visual
Khamis, 26 April 2012
Minggu Ke-10 Kuliahku
Wow dah minggu ke-10... Minggu ni setiap kumpulan kena present Prototype Projek CD-ROM (courseware) di hadapan rakan-rakan yang lain... Kelima-lima kumpulan berjaya melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan oleh Dr.Jamal... kitorang kena komen setiap kumpulan yang present courseware projeknya untuk tujuan penambahbaikan.. kitorang kena komen dari segi "Information Design, Visual Design" ..
Ermmm... hebat-hebat nampaknya sebahagian hasil projek courseware diorang..
Sebelum meninggalkan kelas pada hari tersebut, Dr.Jamal mengarahkan kami supaya membuat persiapan untuk dokumen-dokumen sokongan kepada courseware tersebut dan juga laporan berkaitan sepanjang membangunkan projek tersebut.

Minggu Ke-9
Ermm minggu ni pun Dr.Jamal telah membatalkan kuliahnya atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. Walau bagaimanapun kitorang tetap meneruskan perjuangan untuk menyiapkan tugasan masing-masing secara jarak jauh...
Minggu Ke-8
Minggu ni dah pastilah tak perlu menggagahkan diri ke UTM sebab cuti semester seminggu kan... Apapun projek CD-ROM mesti diteruskan ye wahai kawan-kawan sekuliahku..
Langgan:
Catatan (Atom)