Pada Minggu ni kami mempelajari proses pengujian & penilaian dalam pembangunan perisian multimedia. Terdapat perbezaan antara pengujian & penilaian yang difahami oleh saya selepas diberi penerangan oleh Prof. Dr.J...
Pengujian Vs Penilaian
Pengujian melibatkan penyesuaian satu set kriteria yang telah ditetapkan terhadap sesuatu persembahan bagi mengenalpasti sesuatu masalah.
manakala proses penilaian pula melibatkan aspek yang lebih luas dimana ia bukan hanya melihat kepada masalah tertentu tapi.... peningkatan kepada aspek reka bentuk semasa projek pembangunan aplikasi berakhir...
Proses Pengujian
ermmm... proses pengujian ini penting untuk:
1) mengelakkan kegagalan aplikasi semasa digunakan oleh pengguna.
2) mengelakkan kerugian dari segi kos dan masa pembangunan.
3) membolehkan kualiti sesebuah aplikasi dipertingkatkan lagi.
Terdapat 2 fasa pengujian utama:
1) Pengujian Pembangunan
2) Pengujian Penerimaan
Jenis-jenis Pengujian:
1) Ulasan Rakan
2) Pengujian Kumpulan Sasaran
3) Penghasilan Prototaip
4) Ujian Kepenggunaan
5) Pengujian Alfa
6) Pengujian Beta
Proses Penilaian
Jenis-jenis penilaian dalam pembangunan perisian Multimedia:
1) Penilaian Formatif
2) Penilaian Sumatif
3) Penilaian Iluminatif
4) Penilaian Integratif
Lazimnya penilaian formatif dan penilaian sumatif ialah dua bentuk penilaian yang utama dan sering dilaksanakan berbanding dengan bentuk penilaian yang lain (Jamaluddin et al., 2001)
Menurut Baharuddin et al., (2002), perisian multimedia interaktif yang melalui penilaian formatif dan sumatif untuk menentukan samada ia memenuhi kehendak pengguna dan mencapai objektif penghasilannya.
Penilaian Formatif
Menurut Tessmer (1993), terdapat empat peringkat penilaian formatif iaitu penilaian pakar, penilaian satu dengan satu, penilaian kumpulan kecil, dan penilaian lapangan.
Semasa pembangunan perisian, penilaian formatif adalah amat dititikberatkan bagi
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan bahan semasa ia sedang dibangunkan, dan seterusnya
menyarankan penambahbaikan yang bersesuaian. Setiap peringkat dalam penilaian formatif
mempunyai peranan tersendiri bagi memastikan perisian yang dibangunkan dapat dibaiki
mutunya sebelum digunakan oleh pengguna.
Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif merujuk kepada proses penilaian yang sering dilaksanakan diakhir
proses pembangunan sesebuah perisian. Penilaian sumatif melibatkan kajian sebenar keatas
penggunaan perisian secara efektif. Menurut Rozinah (2000), penilaian sumatif memerlukan cara
yang lebih formal dan pengumpulan data biasanya menggunakan kajian komparatif dalam reka
bentuk kuasi. Penilaian ini seringkali dilaksanakan oleh pihak penilai luar projek dan bukannya
orang yang terlibat dalam proses pembangunan.
Kaedah Melaksanakan Proses penilaian
1) Temubual
2) Pemerhatian
3) Soal Selidik
Tiada ulasan:
Catat Ulasan