Khamis, 7 Jun 2012

Minggu Ke-14 Sudaaaah

Minggu ni minggu terakhir kuliah kami bagi subjek CD-ROM ni..
Pada minggu ni kitorang diberi tugasan untuk membuat persembahan sepenuhnya ke atas perisian yang telah dibangunkan oleh setiap kumpulan..
wow hebat-hebat hasil kreativiti dan inovasi setiap kumpulan sehingga saya dan rakan-rakan yang begitu teruja melihat persembahan perisian setai kumpulan.. harap-harap Prof.Dr.J pun teruja juga untuk memberikan markah yang terbaik... hehe
komen-komen yang membina daripada Prof.Dr.J dan rakan-rakan amat bermakna bagi semua.
semoga segala ilmu yang telah dicurahkan oleh pensyarah kami akan dimanfaatkan sepanjang zaman...
Saya dan rakan-rakan sekumulan amat berterima kasih kepada Prof.Dr.J dan rakan-rakan yang telah sudi membantu kami semua sepanjang proses penghasilan perisian tersebut.
Selamat Berjuang hingga ke titisan dakwat terakhir untuk Final Exam pada 20 Jun 2012 ni ye wahai rakan-rakan..
Semoga berjaya....
Jumpa Lagi...

Minggu Ke-13

Final Compilation

Walaupun minggu ni kitorang x perlu menghadirkan diri ke kuliah rasmi atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan oleh pensyarah kami tapi... tugasan berat kami masih belum berakhir...
minggu ni merupakan minggu terakhir kumpulan kami terpaksa menyiapkan projek perisian untuk dipersembahkan kepada rakan-rakan dan juga pensayarh kami bagi tujuan penilaian...

Minggu Ke-12

Testing & Evaluation (Pengujian & Penilaian)



Pada Minggu ni kami mempelajari proses pengujian & penilaian dalam pembangunan perisian multimedia. Terdapat perbezaan antara pengujian & penilaian yang difahami oleh saya selepas diberi penerangan oleh Prof. Dr.J...

Pengujian Vs Penilaian
Pengujian melibatkan penyesuaian satu set kriteria yang telah ditetapkan terhadap sesuatu persembahan bagi mengenalpasti sesuatu masalah.
manakala proses penilaian  pula melibatkan aspek yang lebih luas dimana ia bukan hanya melihat kepada masalah tertentu tapi.... peningkatan kepada aspek reka bentuk semasa projek pembangunan aplikasi berakhir...

Proses Pengujian
ermmm... proses pengujian ini penting untuk:
1) mengelakkan kegagalan aplikasi semasa digunakan oleh pengguna.
2) mengelakkan kerugian dari segi kos dan masa pembangunan.
3) membolehkan kualiti sesebuah aplikasi dipertingkatkan lagi.

Terdapat 2 fasa pengujian utama:
1) Pengujian Pembangunan
2) Pengujian Penerimaan


Jenis-jenis Pengujian:
1) Ulasan Rakan
2) Pengujian Kumpulan Sasaran
3) Penghasilan Prototaip
4) Ujian Kepenggunaan
5) Pengujian Alfa
6) Pengujian Beta


Proses Penilaian
Jenis-jenis penilaian dalam pembangunan perisian Multimedia:
1) Penilaian Formatif
2) Penilaian Sumatif
3) Penilaian Iluminatif
4) Penilaian Integratif

Lazimnya penilaian formatif dan penilaian sumatif ialah dua bentuk penilaian yang utama dan sering dilaksanakan berbanding dengan bentuk penilaian yang lain (Jamaluddin et al., 2001)
Menurut Baharuddin et al., (2002), perisian multimedia interaktif yang melalui penilaian formatif dan sumatif untuk menentukan samada ia memenuhi kehendak pengguna dan mencapai objektif penghasilannya.

Penilaian Formatif
Menurut Tessmer (1993), terdapat empat peringkat penilaian formatif iaitu penilaian pakar, penilaian satu dengan satu, penilaian kumpulan kecil, dan penilaian lapangan.
Semasa pembangunan perisian, penilaian formatif adalah amat dititikberatkan bagi
mengenalpasti kekuatan dan kelemahan bahan semasa ia sedang dibangunkan, dan seterusnya
menyarankan penambahbaikan yang bersesuaian. Setiap peringkat dalam penilaian formatif
mempunyai peranan tersendiri bagi memastikan perisian yang dibangunkan dapat dibaiki
mutunya sebelum digunakan oleh pengguna.

Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif merujuk kepada proses penilaian yang sering dilaksanakan diakhir
proses pembangunan sesebuah perisian. Penilaian sumatif melibatkan kajian sebenar keatas
penggunaan perisian secara efektif. Menurut Rozinah (2000), penilaian sumatif memerlukan cara
yang lebih formal dan pengumpulan data biasanya menggunakan kajian komparatif dalam reka
bentuk kuasi. Penilaian ini seringkali dilaksanakan oleh pihak penilai luar projek dan bukannya
orang yang terlibat dalam proses pembangunan.

Kaedah Melaksanakan Proses penilaian
1) Temubual
2) Pemerhatian
3) Soal Selidik



MINGGU KE-11

Minggu ni saya dan kawan-kawan yang lain mendapat pengetahuan mengenai 'Visual Design' (Rekabentuk Visual).
Rekabentuk visual ni termasuklah grafik, imej, teks, animasi, audio, video, 'navigation button', dan ilustrasi.
Dalam penghasilan perisian multimedia, elemen-elemen visual ini perlu diberi perhatian keseluruhannya meliputi aspek reka bentuk skrin dan penggunaan warna yang sesuai supaya segala maklumat dan informasi yang ingin disampaikan kepada pengguna tercapai.



ni contoh Rekabentuk Visual

Khamis, 26 April 2012

Minggu Ke-10 Kuliahku

Wow dah minggu ke-10... Minggu ni setiap kumpulan kena present Prototype Projek CD-ROM (courseware) di hadapan rakan-rakan yang lain... Kelima-lima kumpulan berjaya melaksanakan tugasan yang telah ditetapkan oleh Dr.Jamal... kitorang kena komen setiap kumpulan yang present courseware projeknya untuk tujuan penambahbaikan.. kitorang kena komen dari segi "Information Design, Visual Design" ..
Ermmm... hebat-hebat nampaknya sebahagian hasil projek courseware diorang..

Sebelum meninggalkan kelas pada hari tersebut, Dr.Jamal mengarahkan kami supaya membuat persiapan untuk dokumen-dokumen sokongan kepada courseware tersebut dan juga laporan berkaitan sepanjang membangunkan projek tersebut.

Minggu Ke-9

Ermm minggu ni pun Dr.Jamal telah membatalkan kuliahnya atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.. Walau bagaimanapun kitorang tetap meneruskan perjuangan untuk menyiapkan tugasan masing-masing secara jarak jauh...

Minggu Ke-8

Minggu ni dah pastilah tak perlu menggagahkan diri ke UTM sebab cuti semester seminggu kan... Apapun projek CD-ROM mesti diteruskan ye wahai kawan-kawan sekuliahku..

Aktivitiku Pada Minggu Ke-7

Minggu ni kuliah ditangguhkan oleh Pensyarahku atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. kitorang pun telah merancang aktiviti yang sangat berfaedah pada minggu ni. kitorang walaupun kuliah batal tapi kitorang menggagahkan diri ke UTM untuk membuat perbincangan tentang projek CD-ROM group kitorang ni... Risau jugak... Apapun hidup mesti diteruskan. :)

Isnin, 2 April 2012

Minggu Ke-6- Interaction Design

Minggu ni kami belajar mengenai 'Navigation' di bawah tajuk Interaction Design (Reka Bentuk Interaksi)
Seperti yang kita semua sedia maklum ada 3 perkara utama atau asas yang perlu diberi perhatian dalam 'Interaction Design in Courseware  Design' iaitu;
-Interaction
-Navigation
-Organization

Perancangan awal 'Interaction Design'
-Need simple story board
-Use flow chart

Interactivity Part
-Button, icon, interactive sequences, drag & drop behaviours, enable users to draw directly to screen, search text.....

Kalau nak buat 'Information Design' (Reka Bentuk Maklumat) ada beberapa perkara yang perlu difikirkan, antaranya...
-Motivating users
-Creating in interesting journey
-Giving users control that allow
-Making the exercise as easy

Untuk Elemen 'Organization', kita boleh merancang untuk memilih Reka bentuk Courseware tu nanti sama ada secara Linear, Hirarki (not really user friendly),...

Prosesnya:
-List all possible content categories
-Start to group things by topic
-Refine the topic groups
-Arrange the groups into a structure

Untuk Elemen 'Navigation' mesti fokus pada Pelajar.

Soalan Cepu Emas daripada Dr.Jamal minggu ni.
'How you can help user orient themeselves in your courseware?'
Hasil perbincangan kitorang jawapannya ialah...
-Paging number 1-10
-Colour & Cannot Dick
-Home Button in every page
-Consisten Button
-Big Button after Click
-Topic Part (Breadcrumb link)

Enough location information (orientation) to let users answers the following question
-Where am i?
-Where can i go?
-How do  i get there?
-How do i get back to where i started?

Persoalan-persoalan tersebut mesti ada jawapannya setiap kali pelajar tersebut menggunakan 'Courseware' yang dibina... supaya pelajar tak sesat sepanjang meneroka ilmu pembelajarannya... huhu

Sekian sahaja refleksi saya pada minggu ke-6 ni... Panjang jugak refleksi ni kan... kalau kat buku rekod mengajar tu satu ayat ajer kan... hehe


Ahad, 25 Mac 2012

Minggu ke-5 Kuliahku

Minggu ni kitorang ditugaskan oleh Dr.Jamal untuk membentangkan 'Design Document / Proposal' yang dah kitorang bincangkan dalam kumpulan minggu lepas. Macam biasalah kan, ada beberapa perkara yang perlu dibaiki dan ditambahbaik lagi untuk kebaikan bersama-sama. ceh wahhhh...
ermmm... ni baru proses awal nak buat courseware ni pun dah rasa macam nak tercabut kepala dok memikirkan teori pembelajaran yang sesuai nak digunakan bagi setiap topik yang dipilih & bagaimana nak memanifestasikannya dalam persekitaran pembelajaran yang sebenar... huhu...

Khamis, 15 Mac 2012

Minggu Ke-4 Kuliahku

Minggu ni dah minggu ke-4 kuliah subjek CD-ROM kitorang... sekejap ajer rasanya masa berlalu meninggalkan kitorang...
Errmmm minggu ni kitorang diberi peluang dan kesempatan oleh "Lecturer Paling Sporting" siapa lagi kalau bukan Dr. Jamal selama lebih kurang 45 minit untuk duduk semeja (tp kerusi masing-masinglah ye) dalam kumpulan masing-masing yang dah ditubuhkan (bukan pertubuhan geng kongsi gelap ye) pada minggu sebelumnya. kitorang duduk dalam kumpulan kitorang bukan untuk bergosip ye, tapi untuk membincangkan 'Design Documents' untuk projek CD-ROM kitorang sem ni.. mcm proposal...
ada 4 perkara yang perlu kitorang perah otak geliga sakti kali ni sebagai perancangan awal kepada projek CD-ROM tu nanti.

Manisfestation of Teorem Pythagoras in the learning environment
Topic??
Elements of: ???
Guidelines for implementation??
manisfestation in learning environment ??

Ermmm pening kepala juga dibuatnya.. nasib baik Dr. Jamal yang baik hati telah memberikan kitorang contoh-contoh design documents yang lepas-lepas sebagai panduan... alhamdulillah... Mungkin boleh membantu kitorang sebab minggu depan nak kena present ni... Adussss

k... c u next weeek lah ye...

Ahad, 11 Mac 2012

Week 3 - Mutimedia Courseware Design Fundamentals

This week we learn & discuss about courseware design.firstly, about basic multimedia design.


4 primary aspects influence multimedia design:
  • content
  • technology
  • visual
  • economics
Technology & visual must be  balanced because
  • visual oriented coursewares are often light on content, difficult to update, and slow to display.
  • technology oriented coursewares can be unappealing and often exclude users who don't have the latest technology installed.

Therefore, we have to plan a courseware that:
  • well structured
  • easy to navigate
  • quick download / display time
  • simplicity
  • consistency
  • engagement
Three parts of multimedia courseware design
  • Information Design
  • Interaction Design
  • Visual Design
Information Design
Information design is the skill & practice of preparing information so people can use it efficiency & effectiveness. where the data is complex or unstructured, a visual representation can express its meaning more clearly to the viewer.

There are 5 things to think about in the process of Information Design:
  • Message
  • Audience
  • Purpose
  • Background
  • Structure
Information Design : Suitable Strategy
  • Learning Theories
  • Learning / Teaching Strategies
  • Learning Style

    Gagne's 9 events of instruction

    --------------------------------------------------------------------------------

     

    Ahad, 4 Mac 2012

    Minggu Kedua (29 Februari 2012) - Multimedia Development Process

    Minggu ni kitorang mempelajari proses pembangunan multimedia.
    • Categories of multimedia courseware
    • Phases in developing multimedia courseware
    • ID Models for multimedia courseware development
    Berdasarkan ADDIE Models
    • A = Analysis
    • D = Design
    • D = Development
    • I = Implementation
    • E = Evaluation
    Analysis part & Design sangat penting yee dalam proses pembangunan multimedia supaya kita dapat mengetahui lebih mendalam target audience, content, existing materials, user requirements & learning theory.

    Walau bagaimanapun, ada juga model-model lain yang boleh digunakan dalam proses pembangunan multimedia, antaranya Hannafin and Peck Design Model, Dick and Carey Instructional Design Model, waterfall Model.

    Steps in constructing a multimedia courseware
    1. Analyzing learner's background
    2. Collecting the contens
    3. Validating the content - check for spelling, grammer errors
    4. Designing the courseware theme - mood of user courseware
    5. Designing courseware typograph - ingat lagi tak 'types of font'
    6. Designing the learning / presentation strategy
    7. Designing the interface & navigation
    8. Developing graphic and animation files
    9. Developing Audio & Video files
    10. Courseware development process
    11. Developing an interactive screen such as Login, Report Card, Problem Solving Activities etc
    12. Testing the courseware
    13. Evaluating the courseware
    14. Packaging the courseware
    15. Maintaining the courseware 
    langkah-langkah di atas tu mesti ikut yee... jangan main hentam ajer... keh3

    Kesimpulannya,
    secara specific, Overall process of developing a courseware generally follows six major stages :
    • Courseware definition and planning (Analysis)
    • Information architecture (Analysis)
    • Courseware design (Design)
    • Courseware construction (Development)
    • Courseware marketing / implementation (Implementation)
    • Tracking, evaluation, and maintenance (Evaluation)

    Ahad, 26 Februari 2012

    Minggu Pertama Kuliahku MPT 1293

    Minggu ni (22 Februari2012 -Rabu) merupakan minggu pertama bagi subjek Pembangunan Multimedia Berasaskan CD-ROM (CD-ROM Based Multimedia Development). Subjek ni secara rasminya pada setiap hari rabu... Pensyarahnya ialah  Prof. Dr. Jamalludin Hj. Harun... seorang pensyarah yang suka buat kelakar... tak mengantuk dibuatnya... Ermmmm seronok...

    Minggu ini juga merupakan minggu sesi perkenalan kitorang dan penerangan ringkas mengenai subjek ni serta penerangan lebih lanjut jadual mingguan yang telah disampaikan oleh pensyarah kami yang tak kering gusi dibuatnya.

    Ermmmm.... untuk subjek ni nampaknya saya terpaksa mengingati semula nota-nota berkaitan flash, teori pembelajaran, reka bentuk media & subjek-subjek  teknologi pendidikan sebelum nilah..

    Inilah 'Weekly Schedule' kitorang

    Minggu 1            = Introduction
    Minggu 2            = Multimedia Development Process
    Minggu 3            = Multimedia Project Management
    Minggu 4            = Information Design
    Minggu 5            = Interaction Design
    Minggu 6            = Presentation Design
    Minggu 7            = Multimedia Project Development
    Minggu 8            = Sementer Break... yahoooo
    Minggu 9            = Project Presentation & Discussion (Prototype)
    Minggu 10          = Testing of The Multimedia Project
    Minggu 11          = Evaluation & Documentation
    Minggu 12          =  Distribution
    Minggu 13          =  Multimedia Project Development
                                   Issues on Multimedia Project Development
    Minggu 14 & 15 =  Project Presentation & Discussion (Final)